Assalamualaikum wbt...
Mungkin sekarang ramai yang tertanya-tanya bila kiamat akan datang..tahukah bahawasanya kiamat itu adalah rahsia Allah siapa kita untuk Allah bocorkan rahsianya...tapi sedarkah kita boleh mengambil iktibar dengan bencana akhir zaman kini contohnya:-
TSUNAMI
-
-GEMPA BUMI
- TANAH RUNTUH
-LETUSAN GUNUNG BERAPI
-PEMANASAN GLOBAL
dan yang terbaru ni - PLANET X (NIBIRU)
mungkin anda sedar akan kehadiran bencana ini ,tetapi anda juga seharusnya sedar bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya...ingatlah bahawa ini adalah amaran ALLAH SWT untuk kita ,jadi memperbanyakkanlah amalan kita sebagai seorang hamba mukminin,banyakkan mengerjakan solat taubat bagi yang rasa dosa tu sama tinggi dengan langit, disertakan dengan berzikir memuji ALLAH SWT, berselawat keatas Nabi Muhammad SAW,qiamullail,doa banyak2 mohon keampunan daripada ALLAH SWT..insyaallah ALLAH perkenankan doa kita kalau kita ikhlas kepadaNYA sesungguhnya Betapa Luasnya keampunan Allah kepada kita kerana ALLAH SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Janganlah kita leka dengan urusan dunia sehingga mengabaikan solat kerana solatlah perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak dan ketahuilah firman Allah swt:-
"Barang siapa yang ringan timbangannya, mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya, kerana mereka aniaya (membantah) terhadap ayat-ayat Kami " (surah AL-Araaf :9)
dan Allah Berfirman lagi:-
"sesungguhnya telah Kami tempatkan kamu di bumi dan kami bagimu sebab-sebab penghidupan diatasnya,tetapi sedikit diantara kamu yang berterima kasih" (surah AL-Araaf :10)
surah AL-Araaf :10 ada menyatakan sebab-sebab penghidupan diatasnya, tahukah ini bermaksud sebab-sebabnya adalah supaya kita tunduk dan patuh akan perintah ALLAH SWT dan beriman juga bertakwa kepadaNya.
Tetapi apa yang kita lihat sendiri sekarang nih adalah golongan-golongan yang menyekutukan Allah Swt sedangkan mereka berpijak di atas bumi yang diciptaNya..marilah kita sama-sama bermuhasabah diri berfikir sejenak tentang kekuasaan ALLAH SWT..percayalah Allah SWT akan menyayangi kita sekiranya kita menyayangiNya..wallahuallam..
AS' SALAM..................
NAMA SAYA NUR HAZATUL ARFAH BT HADHRI, SAYA BARU BERUMUR 18 TAHUN PADA TAHUN 2012,WALAUPUN MASIH MUDA TAK BEERTI SAYA TAK BOLEH NAK MENGUTARAKAN ISU-ISU TENTANG AGAMA...DAN TUJUAN SAYA MEMBUAT BLOG PUTERI MUJAHID ISLAM NI ADALAH UNTUK BERKONGSI TENTANG AJARAN DAN KISAH-KISAH PEJUANG ISLAM SUPAYA DIJADIKAN TELADAN DAN KEPADA SEMUA INDIVIDU,DENGAN BLOG INI JUGA SAYA MEMUPUK SEMANGAT MEMBACA DALAM DIRI..HARAP BLOG INI DAPAT MEMBERI PENGAJARAN YANG BERGUNA UNTUK KITA SEMUA......
Saturday, 21 April 2012
Friday, 20 April 2012
TekAdkAn AzaM SebAgai Titik PermULaAn
Assalamualaikum wbt...
hari ini sekiranya kita sedar dan perasan bahawa,jika kita membuat perbandingan segera kita akan mendapati bahawa kebanyakan orang yang mengerjakan qiamullail adalah golongan tua dan pertengahan umur. Dimanakah bahagian golongan muda belia usaha mendirikan qiamullail?
Di saat umur masih muda dan cergas berbanding dengan yang tubuh kurus kering, anggota badan semakin lemah,tulang semakin bengkok dan anggota badan pula terketar-ketar. Namun , apa yang kita dapati ialah golongan inilah yang paling ramai bangun untuk menyembah,rukuk dan sujud kerana ALLAH SWT
dalam menerangkan perbezaan tersebut, Shumaith bin ' Ajlaan telah berkata:
"sesungguhnya Allah meletakkan kekuatan dalam seorang mukmin itu bukan pada fizikalnya. kita semua pasti melihat bagaimana seorang tua yang lemah tidak putus-putus berpuasa dan berqiamullail. Sebaliknya, belia (golongan muda) pula tidak mampu melakukanya.
Malah ada sebilangan ulama yang umurnya telah melebihi 100 tahun tetapi dia masih merasai kenikmatan dengan kekuatan dan ketajaman akal fikirannya. Pada suatu hari, dia telah melompat sekuat hatinya lalu ia ditegah perbuatanya itu (kerana bimbang terjatuh). Lantas ulama salaf ini menjawab : Anggota badan ini telah kami jaga dari melakukan kemaksiatan ketika kami muda. Oleh itu, ALLAH akan menjaganya ketika kami sudah tua - Rujuk Kitab Jami''Ulum wal Hikam,ms. 226
Jadi sedarlah wahai kaum Adam dan Hawa yang masih muda..ajal akan menjemput kita tanpa disedari oleh kita tidak kira masih muda mahupun tua dan cubalah bermuhasabah diri kita tentang kepentingan qiamullail kerana ia satu2nya jalan alternatif agar diredhai oleh ALLAH SWT...biarlah tidak malu dengan orang2 tua yang selalu sujud pada ALLAH, tapi malulah dengan ALLAH SWT yang selalu melihat segala perbuatan kita dan amalan kita..
Semoga kita berada dalam kalangan orang-orang yang sempat bertaubat dan bertemu dengan Allah swt dalam keadaan suci dari dosa AMIN...
wassalam....
Gambaran Hari Kiamat
- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang
didoakan.
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Bermohonlah kepada ALLAH SWT agar kita tergolong dalam kalangan para-para solihin,soddiqin dan anbiya di akhirat kelak..aminInsyaallah dengan izin ALLAH SWT akan diperkenankan doa kita..wallahuallam..
~*.. Kisah ular hitam menunggu mayat ..*~
Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya,Makkah.
Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia.
Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur.
Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).
Subhanallah … keadaan ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) .
Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.
Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).
Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu.
MasyaAllah (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur).
Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu …
Subhanallah. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan solatnya.
*Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah..
Thursday, 19 April 2012
' TiKeT ' UnTuK MaSuK SyUrGa
Dari
Salman Al-Farisi, dia berkata. “Rasulullah saw bersabda:
“Tidak
ada seorang pun yang masuk syurga kecuali dengan tiket ‘Bismillahirrahmanirrahim,
ini perjanjian dari Allah untuk si fulan bin fulan, masukkan ia ke dalam syurga
yang tinggi, buah-buahannya dekat.” (HR.Ahmad)
Allah
S.W.T. berfirman:
“ Dan
didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang
tiada jauh (dari mereka). Inilah yang dijanjikan kepadamu, (iaitu) pada setiap
hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturan-peraturanNya).
(iaitu) orang yang takut kepada Rabb Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak
kelihatan (olehnya) dan dia dating dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga
itu dengan selamat, Itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperolehi apa
yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami adalah tambahannya.
(Qaf:31-35)
Dalam ayat
ini, Allah swt menjelaskan mengenai ‘tiket’ masuk syurga bagi orang-orang yang
memenuhi empat kriteria dalam kitab-Nya:
1. Awwab. Yakni orang yang
kembali bertaubat, meninggalkan apa yang dibenci Allah SWT. Meninggalkan apa
yang dibenci Allah SWT. Seorang muslim yang sesungguhnya selalu kembali kepada
kebenaran dalam setiap urusan dunianya,bertaubat kepada Allah SWT dan
meninggalkan perbuatan maksiat yang dibenci Rabbnya.
2. Hafiz. Yakni menjaga janji;
tidak membatalkan dan tidak mengingkarinya.
3. (iaitu) orang yang takut
kepada Rabb maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya). Yakni orang yang
takut kepada Allah dalam kesunyiannya, di mana tidak seorang pun melihatnya
selain Allah Swt .
4. Dia dating dengan hati yang
bertaubat. Iaitu bertemu dengan Allah SWT pada hari kiamat dengan hati yang
bersih.
Apabila keempat-empat
keutamaan ini dipenuhi pada diri seorang muslim.
Allah SWT berfirman kepadanya:
“Masukklah
syurga itu dengan selamat, itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya
memperolehi apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami adalah tambahanya.”
(Qaf:34-35)
Dan firmanNya:
“Dan
pada sisi Kami adalah tambahannya, sama seperti firman-Nya, ‘Bagi orang-orang
yang berbuat baik,ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahanya.”” (Yunus: 26)
Tambahanya
itu adalah melihat wajah Allah SWT. Yang Maha Mulia. Tidak sesuatu pun paling
dicintai oleh para ahli Syurga dari hari Jumat, ‘Hari Tambahan,’ sebab mereka
pada hari itu melihat Allah, Al-Jabbar, sungguh agung keagungan-Nya dan Maha
Suci nama-nama-Nya
Kita memohon
kepada Allah swt agar Dia menganugerahi kita kelazatan melihat kepada wajah-Nya
Yang Maha Mulia..Amin ya Rabbal Alamin
Wednesday, 18 April 2012
HaRi PeMaNdAnGaN YaNg AgUnG...
Saudaraku
tercinta! Pada hari kiamat,manusia keluar dari kubur-kubur mereka untuk
diiringi ke tanah hisab (perhitungan). Saat keluar mereka tidak beralas kaki
lagi telanjang, sebagaimana diriwayatkan oleh Aisyah. Dia berkata, “Aku
mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“pada
hari kiamat,manusia dikumpulkan dalam keadaan tidak beralas kaki lagi telanjang
dan belum berkhitan.Aku berkata ‘Wahai Rasulullah,kaum wanita dan lelaki
semuanya saling melihat satu sama lain; Baginda s.a.w menjawab, ‘wahai Aisyah,
perkaranya lebih dasyat daripada sekadar melihat kepada satu sama lain.”” (HR.Muslim)
Mereka pergi
menuju hisab, di mana seasana hati mereka penuh dengan kecemasan dan ketakutan.
Saat itu,mereka dalam tiga keadaan
1. Diantara mereka ada yang
berjalan dengan cepat atau naik kenderaan. Mereka itu adalah orang-orang mukmin yang merupakan penghuni
syurga
2. Diantara mereka ada yang
berjalan dengan perlahan. Mereka itu adalah orang-orang yang dulu suka
melambat-lambatkan dan memudah dan meremehkan dalam beribadah
3. Diantara mereka ada yang
menarik wajah mereka. Mereka itu adalah orang yang nasibnya masuk neraka, Na’
udzubillah
Pada pemandangan
yang agung ini, Allah SWT berfirman:
“Dan
terang benderanglah bumi (padang masyar) dengan sahaya (keadilan) Rabb-nya dan
diberikanlah bulu (perhitungan perbuatan masing-masing) dan didatangkanlah para
Nabi dan saksi-saksi dan diberi keputusan di antara mereka dengan adil,sedang
mereka tidak dirugikan.” sebagaimana firman-Nya:
“ Kami
akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tidaklah dirugikan
seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun
pasti kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuah
perhitungan.”
( Al-Anbiya’: 47)
Dan
firman-Nya:
“dan
sempurnalan bagi tiap-tiap jiwa (balasan) apa yang telah dikerjakannya dan Dia
lebih mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (Az-Zumar: 70)
Semoga Allah
menyelamatkan kita semua dari huru –hara pemandangan yang agung ini,dan
menjadikan kita termasuk para penghuni syurga yang mereka itu tidak ada rasa
takut dan tidak pernah bersedih.amin…
KEADAAN KAUM MUKMININ DI ATAS SIRAT
gambar hiasan
ALLAH SWT telah menyebut keadaan kaum mukminin
saat melalui Sirat seperti firmanNya:
“(Iaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin
lelaki dan perempuan sedang cahaya mereka bersinar di hadapan mereka,(dikatakan
kepada mereka), ‘Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (iaitu) syirga yang
mengalir di bawahnya sungai-sungai…’’(Al-Hadid: 12)
Kemudian setelah itu ALLAH SWT memberikan kepada
kita gambaran orang-orang mukmin dengan cahaya tersebut, dalam firmanNYa
“Pada hari ketika Allah tidak menghina Nabi dan
orang-orang yang beriman bersama dengan dia, sedang cahaya mereka memancar di
hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan, ‘Ya Rabb
kami,sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya
Engkau Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.’’’ (At-Tahrim: 8)
Demikianlah Allah SWT menceritakan kepada kita
tentang orang-orang mukmin yang bersedekah, bahawa pada hari kiamat, cahaya
memancar di hadapan mereka di panggung hari kiamat sesuai dengan kadar amalan
mereka, sebagaimana dikatakan Abdullah bin Mas’ud terhadap firmanNya , “Cahaya mereka memancar di hadapan.” Dia
berkata, “sesuai dengan kadar amalan mereka, mereka melauli sirat; diantara
mereka ada yang cahayanya seperti gunung, diantara mereka ada yang cahayanya
seperti pokok kurma, diantara mereka ada yang cahayanya seperti seorang lelaki
yang sedang berdiri, sedangkan cahaya yang paling lemah diantara mereka berada
di jempol mereka; kadangkala menyala dan kadangkala padam.’”
Qatadah berkata: “Disebutkan kepada kami, bahawa
Nabi SAW pernah bersabda, ‘Diantara orang-orang beriman
itu ada yang cahayanya memancar lebih terang ke Madinah hingga ke ‘And (Yaman-penj),dan
juga ke San’a (ibu kota Yaman –penj) serta kurang dari itu sehingga ada
diantara orang-orang beriman yang cahayanya hanya memancar ke letak kedua0dua
kakinya.”
Apakah kamu sudah bersungguh-sungguh untuk
menjadi orang-orang yang cahayanya memancar di hadapan mereka? Apakah kamu
telah membekalkan dirimu dengan amal-amal soleh agar dapat menyeberangi sirat
ini dan cahayamu seperti gunung.?
Saudaraku, muslim
Inilah keadaan orang-orang mukmin di atas Sirat, semoga
Allah manjadikan kita sekalian termasuk dari mereka.amin
Subscribe to:
Posts (Atom)