Read more: http://monozcore.blogspot.com/2011/11/cara-membuat-background-bergerak-di.html#ixzz1mSTYE373

tajuk terbaru

Monday 11 June 2012

RinTihan "Al-Qur'an"



waktu engkau masih kanak-kanak...........
kau laksana kawan sejatiku
dengan wudu', ku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras
setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

sekarang engkau telah dewasa......
Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku..
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal
sejarah.....?
Menurutmu, mungkin aku aku bacaan yang tidak
menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang
belajar mengaji...

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali
sehingga engkau lupa dimana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai
pengisi setormu...
Kadang kala Aku dijadikan mas kahwin agar engkau
dianggap bertakwa.
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis
dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan
sendirian,kesepian.
Di dalam almari,di dalam laci, aku engkau
pendamkan..

Dulu..pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku
engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai
bersama temanmu di surau....
sekarang... seawal pagi sambil minum kopi..engkau
baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
sedangkan Aku berisi ayat-ayat yang datang dari
Allah Azzawajalla
Engkau abaikan dan engkau lupakan...
waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca
pembuka surah-surahku (Bismillah)

Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati
muzik duniawi
tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat
di dalam keretamu
sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesen
radio kesukaanmu
Mengasyikkan...


di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca
sebelum kau mulai kerja
di komputermu pun kau putar lagu kesukaanmu
Jarang sekali kau putar ayat-ayat ku
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau
abaikan...
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu
benarlah dugaan ku bahawa engkau benar-
benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersengkang 
mata di hadapan tv
memonton siaran televisyen 
Di depan komputer berjam-jam kau betah duduk
Hanya sekadar membaca berita murahan dan
gambar sampah
Waktu pun cepat berlalu....
Aku semakin kusam dalam laci-lacimu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
seingatku, hanya awal Ramadhan engkau
membacaku kembali
itupun hanya beberapa lembar dariku
dengan suara dan lafadz yang tidak 
semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu.

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai 
kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
apakah Tv ,radio,hiburan atau komputer dapat
menolong kamu?

yang pasti ayat-ayat Allah swt yang ada padaku
menolong mu
itu janji Tuhanmu , Allah swt
sekarang engkau begitu enteng membuang 
waktumu
setiap saat berlalu
dan akhirnya
kubur yang setia menunggumu
Engkau pasti kembali,kembali kepada Tuhanmu

jika aku engkau baca selalu dan engkau hayati
Di kuburmu nanti
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat
Dan aku lah "Al-Qur'an", kitab sucimu

Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu
peganglah aku kembali...bacalah aku kembali
setiap hari
karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci

yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
yang disampaikan oleh Jibril melalu Rasulmu
keluarkanlah aku segera dari almari, lacimu...
letakkan aku selalu di depan meja kerjamu
Agar engkau sentiasa mengingati Tuhanmu
sentuhilah Aku kembali..

Baca dan pelajari lagi Aku..
setiap datangnya pagi, petang dan malah hari walau
secebis ayat

seperti dulu... Waktu engkau masih kecil 
Disurau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan sendiri
Dalam bisu dan sepi.....

Saturday 21 April 2012

BERFIKR SEJENAK

Assalamualaikum wbt...


   Mungkin sekarang ramai yang tertanya-tanya bila kiamat akan datang..tahukah bahawasanya kiamat itu adalah rahsia Allah siapa kita untuk Allah bocorkan rahsianya...tapi sedarkah kita boleh mengambil iktibar dengan bencana akhir zaman kini contohnya:-
                                                                    TSUNAMI

                                                                   -              

                                                                   -GEMPA BUMI


                                                                  - TANAH RUNTUH
                                                                 


                                                     -LETUSAN GUNUNG BERAPI
                                                               

                                                           -PEMANASAN GLOBAL



dan yang terbaru ni                                    - PLANET X (NIBIRU)



                                                       
mungkin anda sedar akan kehadiran bencana ini ,tetapi anda juga seharusnya sedar bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya...ingatlah bahawa ini adalah amaran ALLAH SWT untuk kita ,jadi memperbanyakkanlah amalan kita sebagai seorang hamba mukminin,banyakkan mengerjakan solat taubat bagi yang rasa dosa tu sama tinggi dengan langit, disertakan dengan berzikir memuji ALLAH SWT, berselawat keatas Nabi Muhammad SAW,qiamullail,doa banyak2 mohon keampunan daripada ALLAH SWT..insyaallah ALLAH perkenankan doa kita kalau kita ikhlas kepadaNYA sesungguhnya Betapa Luasnya keampunan Allah kepada kita kerana ALLAH SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. 


Janganlah kita leka dengan urusan dunia sehingga mengabaikan solat kerana solatlah perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak dan ketahuilah firman Allah swt:-


                  A009



"Barang siapa yang ringan timbangannya, mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya, kerana mereka aniaya (membantah) terhadap ayat-ayat Kami "    (surah AL-Araaf :9)


dan Allah Berfirman lagi:-


                     A010


"sesungguhnya telah Kami tempatkan kamu di bumi dan kami bagimu sebab-sebab penghidupan diatasnya,tetapi sedikit diantara kamu yang berterima kasih"   (surah AL-Araaf :10)




surah AL-Araaf :10 ada menyatakan sebab-sebab penghidupan diatasnya, tahukah ini bermaksud sebab-sebabnya adalah supaya kita tunduk dan patuh akan perintah ALLAH SWT dan beriman juga bertakwa kepadaNya.


Tetapi apa yang kita lihat sendiri sekarang nih adalah golongan-golongan yang menyekutukan Allah Swt sedangkan mereka berpijak di atas bumi yang diciptaNya..marilah kita sama-sama bermuhasabah diri berfikir sejenak tentang kekuasaan ALLAH SWT..percayalah Allah SWT akan menyayangi kita sekiranya kita menyayangiNya..wallahuallam.. 


AS' SALAM..................

Friday 20 April 2012

TekAdkAn AzaM SebAgai Titik PermULaAn


Assalamualaikum wbt...


hari ini sekiranya kita sedar dan perasan bahawa,jika kita membuat perbandingan segera kita akan mendapati bahawa kebanyakan orang yang mengerjakan qiamullail adalah golongan tua dan pertengahan umur. Dimanakah bahagian golongan muda belia usaha mendirikan qiamullail?


   Di saat umur masih muda dan cergas berbanding dengan yang tubuh kurus kering, anggota badan semakin lemah,tulang semakin bengkok dan anggota badan pula terketar-ketar. Namun , apa yang kita dapati ialah golongan inilah yang paling ramai bangun untuk menyembah,rukuk dan sujud kerana ALLAH SWT


dalam menerangkan perbezaan tersebut, Shumaith bin ' Ajlaan telah berkata:


"sesungguhnya Allah meletakkan kekuatan dalam seorang mukmin itu bukan pada fizikalnya. kita semua pasti melihat bagaimana seorang tua yang lemah tidak putus-putus berpuasa dan berqiamullail. Sebaliknya, belia (golongan muda) pula tidak mampu melakukanya.


Malah ada sebilangan ulama yang umurnya telah melebihi 100 tahun tetapi dia masih merasai kenikmatan dengan kekuatan dan ketajaman akal fikirannya. Pada suatu hari, dia telah melompat sekuat hatinya lalu ia ditegah perbuatanya itu (kerana bimbang terjatuh). Lantas ulama salaf ini menjawab : Anggota badan ini telah kami jaga dari melakukan kemaksiatan ketika kami muda. Oleh itu, ALLAH akan menjaganya ketika kami sudah tua - Rujuk Kitab Jami''Ulum wal Hikam,ms. 226


Jadi sedarlah wahai kaum Adam dan Hawa yang masih muda..ajal akan menjemput kita tanpa disedari oleh kita tidak kira masih muda mahupun tua dan cubalah bermuhasabah diri kita tentang kepentingan qiamullail kerana ia satu2nya jalan alternatif agar diredhai oleh ALLAH SWT...biarlah tidak malu dengan orang2 tua yang selalu sujud pada ALLAH, tapi malulah dengan ALLAH SWT yang selalu melihat segala perbuatan kita dan amalan kita..


Semoga kita berada dalam kalangan orang-orang yang sempat bertaubat dan bertemu dengan Allah swt dalam keadaan suci dari dosa AMIN...


wassalam....

Gambaran Hari Kiamat


- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

 
- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT



http://www.elsedil.com/dersler/003.jpg

1. Orang yang tidur dalam keadaan bers…uci.



2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.



3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.



4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).



5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.



6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.



7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.



8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang 
didoakan.



9. Orang yang membelanjakan harta (infak).



10. Orang yang sedang makan sahur.


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Bermohonlah kepada ALLAH SWT agar kita tergolong dalam kalangan para-para solihin,soddiqin dan anbiya di akhirat kelak..aminInsyaallah dengan izin ALLAH SWT akan diperkenankan doa kita..wallahuallam..

‎~*.. Kisah ular hitam menunggu mayat ..*~




Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya,Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia.

Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur.

Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).

Subhanallah … keadaan ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) .

Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.

Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu.

MasyaAllah (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur).

Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu …

Subhanallah. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan solatnya.

*Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah..

Thursday 19 April 2012

' TiKeT ' UnTuK MaSuK SyUrGa






Dari Salman Al-Farisi, dia berkata. “Rasulullah saw bersabda:
“Tidak ada seorang pun yang masuk syurga kecuali dengan tiket ‘Bismillahirrahmanirrahim, ini perjanjian dari Allah untuk si fulan bin fulan, masukkan ia ke dalam syurga yang tinggi, buah-buahannya dekat.”  (HR.Ahmad)

Allah S.W.T. berfirman:
“ Dan didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka). Inilah yang dijanjikan kepadamu, (iaitu) pada setiap hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturan-peraturanNya). (iaitu) orang yang takut kepada Rabb Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia dating dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan selamat, Itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperolehi apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami adalah tambahannya.  (Qaf:31-35)

Dalam ayat ini, Allah swt menjelaskan mengenai ‘tiket’ masuk syurga bagi orang-orang yang memenuhi empat kriteria dalam kitab-Nya:
1. Awwab. Yakni orang yang kembali bertaubat, meninggalkan apa yang dibenci Allah SWT. Meninggalkan apa yang dibenci Allah SWT. Seorang muslim yang sesungguhnya selalu kembali kepada kebenaran dalam setiap urusan dunianya,bertaubat kepada Allah SWT dan meninggalkan perbuatan maksiat yang dibenci Rabbnya.
2. Hafiz. Yakni menjaga janji; tidak membatalkan dan tidak mengingkarinya.
3. (iaitu) orang yang takut kepada Rabb maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya). Yakni orang yang takut kepada Allah dalam kesunyiannya, di mana tidak seorang pun melihatnya selain Allah Swt .
4. Dia dating dengan hati yang bertaubat. Iaitu bertemu dengan Allah SWT pada hari kiamat dengan hati yang bersih.
Apabila keempat-empat keutamaan ini dipenuhi pada diri seorang muslim. 

Allah SWT berfirman kepadanya:

“Masukklah syurga itu dengan selamat, itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperolehi apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami adalah tambahanya.”      (Qaf:34-35)

Dan firmanNya:
“Dan pada sisi Kami adalah tambahannya, sama seperti firman-Nya, ‘Bagi orang-orang yang berbuat baik,ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahanya.”” (Yunus: 26)

Tambahanya itu adalah melihat wajah Allah SWT. Yang Maha Mulia. Tidak sesuatu pun paling dicintai oleh para ahli Syurga dari hari Jumat, ‘Hari Tambahan,’ sebab mereka pada hari itu melihat Allah, Al-Jabbar, sungguh agung keagungan-Nya dan Maha Suci nama-nama-Nya

Kita memohon kepada Allah swt agar Dia menganugerahi kita kelazatan melihat kepada wajah-Nya Yang Maha Mulia..Amin ya Rabbal Alamin